Penyanyi Syada Amzah berkongsi emosi kecewanya apabila bapanya, Datuk ND Lala memilih orang lain berbanding keluarga.

Memetik laporan Berita Harian, penyanyi itu dilihat memuat naik surat terbuka di laman Instagram (IG) miliknya.
Advertisement
Nursyuhada Amir Hamzah atau mesra disapa Syada terpaksa melakukan sebegitu kerana bapanya sukar untuk dihubungi.
"Wahai ayah, tiada lagi foto ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada siapa mempunyai akses menghubungi ayah.
"Pertama sekali, selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-62. Terima kasih atas pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik.
"Bagi pihak adik-beradik, kakak, Syafiq, Syahir dan saya, kami terima hakikat dan reda apabila ayah memilih meninggalkan kami sekali lagi," tulis Syada dikapsyen.
Namun, dia juga mendedahkan dia dan adik-beradiknya memang sudah menyangka perbuatan bapanya yang merupakan penyanyi popular era 1980-an terhadap hubungan orang ketiga tersebut.
"Kami sudah lama tahu mengenai hubungan itu, tetapi baru kini segala-galanya terungkai dengan jelas.
"Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih. Selamat Hari Raya," ungkap Syada.
Sumber: Berita Harian