Penyanyi dan pelakon, Sufian Suhaimi dikhabarkan sudah merisik wanita pilihannya pada satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga.

Sebuah video tular di akaun TikTok milik hairamikayla00 yang jelas menunjukkan wanita tersebut telah dirisik keluarga Sufian.
Advertisement
Malah, keluarganya hadir ke kediaman wanita itu bagi tujuan merisik kekasih hati.
"Tahniah buat Sufian Suhaimi serta gadis pilihannya," tulisnya pada kapsyen video.
Ramai warganet yang mengucapkan tahniah dan mendoakan buat Sufian dan pasangan atas tali pertunangan mereka.
Malah, peminat juga mendoakan agar dipermudah urusan mereka ke jinjang pelamin.
"Alhamdulillah, 'baby Pian' dah tunang," tulis netizen.
Sumber: Harian Metro