Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sudah Bercerai Setahun Lalu? Hisyam Hamid Enggan Komen

Baru-baru ini, pelakon, Hisyam Hamid menerima maklum balas tentang dakwaan dia dan isteri, Rosmawati Hanafi  sudah bercerai setahun yang lalu.

sudah bercerai setahun lalu? hisyam hamid enggan komen

Namun, dia enggan mengulas lanjut tentang dakwaan tersebut kerana mahu fokus kepada kariernya.

Advertisement

Berusia 39 tahun, Hisyam menegaskan dia masih belum bersedia memberi sebarang kenyataan melibatkan hal peribadi.

Dia tidak menafikan dalam setiap perkahwinan seseorang itu pasti ada ujian yang menimpa pasangan tersebut.

“Hubungan kami hingga sekarang dalam keadaan baik, waktu raya baru-baru ini pun kami keluar bersama anak-anak. Tiada masalah dari segi hubungan,” katanya.

Malah, dia juga memaklumkan isterinya masih menguruskan kerjaya seninya hingga sekarang.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik