Penyanyi Indonesia, Putri Ariani tak sangka akan berjaya mara ke pentas akhir program America's Got Talent (AGT) musim baharu pada 26 September ini.

Dia sah kayak ke pentas akhir selepas mendapat tepukan berdiri dan membuatkan Simon Cowell terpaku melihat persembahan terbarunya.
Advertisement
Berusia 17 tahun, Putri mendendangkan lagu U2 berjudul I Still Haven't Found What I'm Looking For dengan versi tersendiri sambil duduk bermain piano.
Malah, Cowell selaku juri program itu paling teruja dengan persembahan menakjubkan terbabit serta mengakui sangat bersyukur Putri mencuba nasib untuk musim baharu AGT.
"Saya sebenarnya agak kehilangan kata-kata sekarang. Sungguh indah suara kamu. Versi yang cukup indah. Dan sejujurnya Putri, disebabkan inilah saya masih buat pekerjaan ini.
"Seikhlasnya untuk momen-momen seperti ini. Ia (persembahan) sangat indah," katanya.
Para penonton turut memberikan sokongan buatnya dan Putri adalah antara peserta yang berjaya layak ke peringkat seterusnya selepas mendapat 'Golden Buzzer' daripada Cowell di peringkat uji bakat.
Sumber: Harian Metro