Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dr. Soo Wincci Tak Serik Berpuasa Buat Tahun Ke-12 - “Puasa Boleh Buat Saya Fokus Bekerja”

Selebriti versatil, Dr Soo Wincci mendapat perhatian warganet apabila tetap meneruskan aktiviti berpuasa pada bulan Ramadan untuk tahun ke-12.

dr. soo wincci tak serik berpuasa buat tahun ke-12 - “puasa boleh buat saya fokus bekerja”

Malah, dia juga berkongsi jadual waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadan di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Tambahnya, Wincci turut tidak melepaskan peluang untuk berpuasa enam pada bulan Syawal.

"Berpuasa bukan saja untuk menjaga kesihatan tetapi dapat membantu kekuatan mental dan fizikal serta lebih fokus ketika bekerja," katanya.

Memetik laporan Harian Metro, dia tidak menafikan dirinya agak letih apabila menjalani penggambaran drama 15 episod pada hari pertama bulan Ramadan.

"Saya sibuk dengan penggambaran drama pada Ramadan ini dan hanya berbuka juadah yang ringkas untuk berbuka di lokasi.

"Kalau ada kelapangan, saya memang akan membeli juadah berbuka di bazar Ramadan," jelasnya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik