Bapa kepada penyanyi Siti Nordiana, Allahyarham Alias Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun, pagi tadi.

Malah, penyanyi itu sendiri yang berkongsi berita duka tersebut di laman Instagram miliknya dan arwah bapanya meninggal dunia di kediaman keluarga di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
Advertisement
“Assalamualaikum semua. Ayah Nana yang tercinta Alias Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.
“Mohon semua sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham ayah Nana,” tulisnya.
Ramai rakan artis dan peminat juga menitipkan ucapan dan kata-kata semangat buat Nana yang telah kehilangan bapa tercinta.
Sumber: Kosmo Online