Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Siti Elizad Kongsi Keluarga Tiada Beri Tekanan Mengenai Zuriat

Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat.

Berusia 39 tahun, dia yang sudah mendirikan rumah tangga hampir 9 tahun berkongsi perjalanan dan usahanya bersama suami untuk mendapatkan zuriat.

Advertisement

siti elizad kongsi keluarga tiada beri tekanan mengenai zuriat

Namun, tidak semua orang dapat memahami dan mengetahui segala kepayahan yang dilalui sepanjang berikhtiar untuk mendapatkan anak selama ini.

“Orang tidak tahu betapa sukar dan mencabar (dapatkan zuriat). Kita pergi berubat untuk ikhtiar tapi mungkin belum ada rezeki.

“Jika diikutkan, tahun depan usia perkahwinan sudah hendak memasuki usia 10 tahun tetapi orang tidak tahu saya sudah pergi berubat, mungkin belum ada rezeki,” katanya sebak menerusi segmen Pagi Di Sinar semalam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Tambahnya, dia tetap bersyukur apabila keluarga mentua yang tidak pernah bertanya dan memberi tekanan terhadapnya mengenai zuriat.

“Paling saya kagum ialah keluarga mentua dan bapa sendiri tidak pernah bertanya mengenai zuriat.

“Mereka tak pernah tanya bila saya nak memiliki zuriat sendiri sedangkan adik-beradik yang lain dikurniakan anak yang ramai tetapi saya seorang belum ada,” luahnya.

Elizad juga berharap agar semua peminat dan rakan-rakan untuk mendoakannya akan dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik