Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peminat Berduka Sinead O’Connor, Penyanyi Nothing Compares 2 U Meninggal Dunia

Penyanyi dari Ireland, Sinead O’Connor dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 56 tahun.

peminat berduka sinead o’connor, penyanyi nothing compares 2 u meninggal dunia

Memetik laporan BBC News, punca kematian masih tidak didedahkan lagi kepada umum dan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Advertisement

Selepas memeluk agama Islam pada 2018, Allahyarhamah menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat, namun terus menggunakan nama asalnya ketika membuat persembahan.

Berita duka itu diumumkan keluarganya dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarhamah berasa sedih atas kematiannya.

O’Connor dikenali ramai dengan lagu popularnya bertajuk Nothing Compares 2 U, yang dikeluarkan pada 1990.

Lagu tersebut menjuarai pelbagai carta muzik dan mula dikenali ramai peminat muzik seluruh dunia.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik