Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shuhada Sudah Tawar Hati, Tak Mahu Teruskan Hubungan Dengan Hafidz

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada selalu mendoakan yang terbaik dan mahu kemelut rumah tangga dengan suaminya yang sudah berlarutan selama lima bulan akan berakhir dengan baik.

shuhada sudah tawar hati, tak mahu teruskan hubungan dengan hafidz

Berusia 29, Shuhada sudah tawar hati dengan hubungan mereka dan sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku dan percaya dengan aturan hidup Allah SWT.

Advertisement

“Allah permudahkan urusan hari ini dengan melancarkan segala hal. Saya sudah bersedia (bercerai) sebenarnya untuk sebarang kemungkinan hari ini.

“Memang saya harap berakhir hari ini tetapi saya percaya semua yang berlaku adalah kehendak Allah.

“Namun apabila kemelut ini belum berakhir, banyak perkara yang tergantung termasuk pendaftaran anak sekolah. Jadi, harapnya semua berakhir dengan segera,” katanya.

Shuhada memaklumkan suaminya adalah punca kemelut ini berlaku dan dia sudah beberapa kali meminta cerai daripada Hafidz.

“Kalau seorang isteri minta cerai, pasti ada sebab. Kalau hidup bahagia, dibelai dan disayangi suami, pastinya tidak berlaku. Jadi, puncanya dari mana?

“Puncanya daripada dia (Hafidz) dan sudah mengaku serta akan buat pengesahan mengenai hubungannya dengan wanita tersebut.

“Jadi semua orang boleh tahu sebenarnya apakah punca berlakunya perceraian antara saya dan dia,” jelasnya

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik