Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shila Amzah, Ubai Tidak Lagi Berahsia - “Ibu Bapa Merestui Hubungan Cinta Kami”

Penyanyi Shila Amzah akhirnya mendedahkan status hubungan cinta bersama pempengaruh media sosial, Ubai MZ.

Menurut perkongsian di laman TikTok, Shila dan Ubai kini tidak merahsiakan hubungan mereka dan menjawab spekulasi warganet selama ini.

Advertisement

shila amzah, ubai tidak lagi berahsia - “ibu bapa merestui hubungan cinta kami”

Malah, mereka menjawab dengan begitu mesra sekali melalui TikTok Live bahawa tidak lagi single.

“Sha adalah orang yang sangat faham saya. Saya ini minat dia daripada saya sekolah. Daripada saya panggil dia Kak Sha, lepas tu saya panggil dia Sha. Lepas tu tiba-tiba kami together,” jelas Ubai.

@ubaimz Ada apa dengan cinta? #fypシ #tiktokmalaysia ♬ original sound - Ubai Mz

Tambahnya, Shila Amzah merupakan penyanyi yang diminati Ubai sejak dari usia 13 tahun.

Berusia 25 tahun, dia mula mengenali Shila Amzah dengan lebih mendalam ketika penyanyi itu melalui fasa sukar akibat penceraiannya.

“Kami mengenali sejak tahun 2011 lagi dan kami selesa ketika bersama terutamanya setelah mengenali.

“Dia baru lepas cerai. Dia tak ada sesiapa pada masa itu. Saya pun mendekati dia pada waktu tu dan ada untuk dia waktu dia susah dan sedih” katanya kepada warganet.

Shila Amzah juga mengakui keluarganya juga merestui hubungan mereka dan berasa selesa ketika bersama mereka.

“Ibu bapa dan adik-beradik saya okay dengan Ubai. Jangan cakap hubungan ini tidak direstui sebab sebelum itu, mungkin ada sebab jika orang tidak sukakan? Tetapi, untuk kali ini saya boleh buat keputusan sendiri, jadi jangan risau.” ujar Shila Amzah.
 

SINAR Muzik Retro Terbaik