Penyanyi Shila Amzah mendedahkan dia dan tunangnya Ubai belum dapat berkongsi tarikh perkahwinan mereka kerana kesihatan ibu tunangnya yang tidak mengizinkan.

Malah, dia pun memberikan gambaran kepada para rakan media bahawa majlis pernikahan mereka dijangka akan berlangsung pada Ogos depan.
Advertisement
"Memang sudah dekat kerana ibu Ubai kini berada di hospital dan belum dibenarkan pulang lagi. Jadi, selagi dia belum pulang, kami juga belum dapat mendedahkan tarikh perkahwinan.
"Dari segi persiapan, seperti biasa dan saya rasa sudah siap lebih kurang 70 hingga 80 peratus. Kami akan adakan siaran langsung (live telecast) di media sosial. Semuanya bergantung kepada kesihatan ibu Ubai,” katanya.
Tambahnya, Shila juga berkongsi majlis nikah mereka akan berlangsung sebelum dirinya ke China untuk membuat persembahan.
"Yang penting semuanya bakal berlaku sebelum konsert, kerana pada bulan September saya akan ke China pula. Jadi, banyak benda yang perlu diselesaikan dalam bulan Ogos itu.
"Begitulah gambaran yang dapat saya kongsikan ketika ini,"jelasnya.
Sumber: Harian Metro