Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shila Amzah Tepis Dakwaan Dituduh Sebagai Perampas - “Saya Bukannya Perwatakan Begitu”

Penyanyi, Shila Amzah menepis dakwaan apabila dituduh sebagai perampas kepada pempengaruh media sosial, Ubai Mz.

shila amzah tepis dakwaan dituduh sebagai perampas - “saya bukannya perwatakan begitu”

Berusia 33 tahun, Shila tidak akan mengganggunya jika benar mengetahui Ubai mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan.

Advertisement

Malah, dia menekankan tidak akan menjalinkan hubungan atas kesengsaraan orang lain.

"Yang diperkatakan itu hanya kawan-kawan saja. Malah, anda semua pun sudah sedia maklum mengenai media sosial. Kalau baca dan melihat di media sosial, pastikan kesahihannya dulu kerana tidak semuanya betul. 

"Semuanya dibayar dan menerusi syarikat pengurusan untuk tujuan pemasaran saja. Malah, Ubai juga banyak belajar daripada situasi ini. Kadang-kadang ada orang yang mengada-adakan sesuatu. 

"Dia berada dalam muzik video lagu berkenaan dan cerita itu direka oleh syarikat rakaman bagi menghangatkan pemasaran lagu berkenaan. Bagi saya tidak perlu, kalau kita bagus 'settle' jalan,” katanya.

Para peminat mengetahui status hubungan mereka setelah pendedahan dibuat Ubai dan Shila selepas melakukan sesi siaran langsung di TikTok pada minggu lalu.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik