Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Banyak Perkara Kena Mengalah” - Shikin Maembong Dedah Cabaran Jadi Isteri Kedua

Baru-baru ini, Shikin Maembong merupakan kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong berkongsi pengalamannya sebagai isteri kedua dan kehidupan seorang madu.

“banyak perkara kena mengalah” - shikin maembong dedah cabaran jadi isteri kedua

Menurut perkongsian di laman TikTok miliknya, Shikin mendedahkan dia mengakui dirinya terpaksa melakukan banyak perkara seorang diri temasuklah mengerjakan solat.

Advertisement

Pelbagai cabaran yang perlu dihadapinya sebagai isteri kedua dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk lakukan tanggungjawab dalam perkahwinan.

“Saya tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri. Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai.

“Siapa suruh jadi bini nombor dua, kan dah kena merayap mall (pusat beli belah) seorang diri, birthday (sambutan hari jadi) sambut seorang dekat rumah, tiada hadiah tidak apa. Hidup bertiga sahaja dengan anak dan maid (pembantu rumah) kehulur kehilir,” katanya.

Terdahulu, dia pernah berkahwin bersama Chef Riz pada 2014 dan dikurniakan seoang cahaya mata, Putri Arianna Natasya.

Namun, mereka hanya kekal sebagai pasangan sehingga 2016 dan Shikin berkahwin sekali lagi serta memilih menjadi isteri kedua.

Tambahnya, dia mengalah dalam banyak perkara walaupun perkahwinannya itu mendapat keizinan isteri pertama.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik