Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bahana Sihir, Sherry Ibrahim Turun Berat Badan Mendadak?

Pelakon Sherry Ibrahim mendapat perhatian ramai apabila perubahan fizkal dirinya dan kelihatan susut sehingga ada yang mendakwa dirinya sakit.

bahana sihir, sherry ibrahim turun berat badan mendadak?

Namun, Sherry tepis berita tidak sahih tersebut dan tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan dengan menyatakannya hanya mengalami kurang selera makan.

Advertisement

"Mulanya saya jaga pemakanan dan aktif beriadah. Dah bertahun-tahun saya amalkan, tetapi sekarang ramai yang ambil berat dan anggap saya tak sihat.

"Saya tak pernah dimasukkan ke hospital, jarang demam. Mungkin sekarang saya tiada selera makan. Saya kena paksa semuanya," katanya.

Punca berat badannya turun berpunca akibat perbuatan jahat manusia tetapi dia sudah berikhtiar dan reda dengan apa yang terjadi terhadapnya.

"Saya tiada musuh dengan sesiapa. Saya yakin ada hubungan yang baik dengan semua orang. Namun, hidup ini kita tak tahu apa yang orang rasa terhadap diri kita.

"Alhamdulillah, saya sudah ikhtiar apa yang patut. Banyak benda saya sudah berusaha, insya-Allah apapun saya kena berserah.

"Ini semua keizinan Allah. Bila saya dapat maklum balas mengenainya, saya sedar kena ikhtiar cara lain," jelasnya.

Malah, pelakon itu juga tidak menyangka dia akan mendapat gangguan aneh terjadi sehingga tak manu berbicara dengan mana-mana individu.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik