Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kerap Didoa Berjodohan Dengan Bekas Isteri, Sharnaaz Minta Jaga Batas

Jika dilihat menerusi beberapa platform media sosial, ramai peminat dan netizen mendoakan agar pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya Noor Nabila dijodohkan kembali. 

Bagaimanapun, Sharnaaz meminta agar peminat menjaga batas dan lebih sensitif memandangkan bekas isterinya berstatus isteri orang. 

Advertisement

Terdapat segelintir peminat di Tiktok yang memuatnaik video dengan kompilasi gambar mereka ketika masih suami isteri serta mesej-mesej mereka berdua.

Menurut pelakon Polis Evo 3 ini, dia tidak berhak untuk marah dan menghargai doa-doa baik daripada peminat. Namun hanya ingin mengingatkan bahawa Nabila ada isteri orang. 

“Saya tidak berhak marah, malah saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Benda baik, orang doa yang baik, bukan minta saya pergi mati misalnya.

“Tapi, pada masa yang sama kita harus ingat. Dia masih isteri orang. Kena jaga sensitiviti dan perasaan suaminya juga. Jadi itulah pesanan saya buat semua,” katanya sewaktu ditemui media pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Polis Evo 3.

Sharnaaz menjelaskan walaupun ada berkenalan dengan seseorang tapi dia lebih memilih untuk tidak menghebahkan kisah cintanya. 

“Ada, saya ada berkenalan dengan gadis, tapi bila sudah usia macam ni, rasa malu nak cerita.

“Cukuplah, saya pernah melaluinya dulu dengan pasangan sebelum ini. Sekarang ini, media boleh tanya orang yang lebih muda tentang hal sebegini (cinta),” katanya lagi.

Sumber : Astro Gempak / Awani 

SINAR Muzik Retro Terbaik