Pelakon, Shahronizam Noor mengakui dirinya masih dalam trauma apabila berlaku kejadian hilang jari kelingking.

Insiden itu berlaku akibat kecuaian dirinya sendiri semasa memotong ayam sehingga hilang jari kelingkingnya.
Advertisement
Berusia 52 tahun, dia kini lebih berhati-hati dalam melakukan apa jua kerja rumah yang melibatkan objek tajam.
“Sekarang ini saya lebih berhati-hati malah fungsi tangan pun sudah kurang berbanding dahulu, dah tak kuat, ada benda tak boleh buat.
“Kalau ada babak melibatkan fizikal seperti berlawan atau perlu aksi saya ada kekurangan sikit, dah tak boleh lincah macam dulu lagi,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online