Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan kertas siasatan berhubung tangkapan khalwat membabitkan pelakon, Ruhainies dan Aliff Aziz sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya, semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, beliau memaklumkan proses selanjutnya adalah pendakwaan ke atas kedua pelakon itu.
Advertisement
"JAWI melalui Bahagian Penguatkuasaan sudah pun melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu dan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut. Tindakan dibuat adalah mengikut undang-undang," katanya.
Sumber: Harian Metro