Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Sejak Bertudung, Saya Belum Dapat Sebarang Tawaran Berlakon’- Angeline Tan

Lands-P-5.png

Pelakon Angeline Tan, yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan pengarah Sabri Yunus, menganggap tiada tawaran berlakon selepas bertudung hampir setahun lalu.

Advertisement

Namun begitu, beliau menganggapnya sebagai ujian buat dirinya yang juga merupakan seorang mualaf.

Menurut Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah, 57, kerjaya lakonannya tidak lagi aktif seperti dahulu.

“Memang ada rasa agak berbeza sedikit kerana sebelum ini saya memang sudah terbiasa sibuk tidak seperti sekarang yang tiada kerja pula. Apa-apa pun saya percaya dengan takdir Tuhan bahawa setiap daripada kita ada rezeki masing-masing.

Tambah Angeline, dia faham perkara ini berlaku kerana kesukaran pihak produksi untuk memberikan watak yang sesuai untuk imej baru beliau.

 

Sumber: Kosmo

SINAR Muzik Retro Terbaik