Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sedia Galas Amanah, Giring Dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

Bekas vokalis kumpulan Nidji, Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih pimpinan Presiden Prabowo Subianto.

sedia galas amanah, giring dilantik timbalan menteri kebudayaan indonesia

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Merah Putih diumumkan Prabowo di Istana Merdeka di Jakarta, hari ini.

Advertisement

Berusia 41 tahun, Giring akan berkhidmat bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan.

Nidji mencipta nama bermula sekitar awal tahun 2000 dengan rangkaian lagu popular sehingga ke hari ini termasuk Laskar Pelangi dan Hapus Aku.

Selepas 15 tahun bersama rakan seperjuangan iaitu Rama, Ariel, Andro dan Adri, penyanyi kelahiran Jakarta itu memilih ‘keluar’ demi kelangsungan kerjaya politiknya.

Terdahulu, bapa kepada tiga anak itu menyertai Partai Solidaritas Indonesia (PSI) dan menjadi Pelaksana Tugas Ketua Umum Partai Solidaritas Indonesia (PSI) pada 2020.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik