Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sasha Saidin Hulur Tangan, Terharu Ramai Bantu Sediakan Keperluan Mangsa Di Gaza

Penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin menghulurkan tangan untuk menjadi sukarelawan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membantu menyalurkan bantuan kepada penduduk di Gaza, Palestin. 

sasha saidin hulur tangan, terharu ramai bantu sediakan keperluan mangsa di gaza

Dia berkongsi pengalamannya dan cukup teruja apabila pusat sukaralewan tidak pernah lengang dan dipenuhi dengan sukarelawan yang lain.

Advertisement

"Ini kali pertama saya melakukan kerja sukarela di UAE dan saya terharu dengan semua orang datang bersama.

"Ketika tinggalkan syif, terdapat beratus-ratus sukarelawan di ruang Qalaat Al Remaal. Pada acara amal dijadualkan tamat pada 2.30 petang, saya tak terkejut jika ribuan keluar masuk di sana. 

"Saya tiba pada jam 9 pagi sebagai kumpulan sukarelawan pertama yang dibenarkan masuk ke dalam dewan besar yang penuh dengan keperluan penting yang dimasukkan dalam kotak dan disusun oleh sukarelawan.

"Ia untuk mendapatkan kegunaan kecemasan penduduk Gaza yang sangat memerlukan makanan, pakaian dan peralatan mandian untuk terus hidup," katanya.

Tambahnya, dia bertugas di bahagian stesen barangan keperluan wanita.

"Mungkin apa yang saya buat tidak seberapa, tetapi saya dan sukarelawan lain datang dari seluruh dunia untuk mengemas kotak dan memasukkan barangan.

"Ia juga dilakukan dengan diiringi doa kepada Allah untuk memberikan kekuatan, kesabaran dan keteguhan kepada penduduk Gaza, insya-Allah," jelasnya.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik