Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sarimah Ibrahim Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Selebriti versatil, Sarimah Ibrahim mengejutkan ramai pihak apabila berani menyuarakan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual semasa aktif sebagai pengacara suatu ketika dahulu.

sarimah ibrahim dedah pernah jadi mangsa gangguan seksual

Berusia 45 tahun, Sarimah mendedahkan pelaku memegang bahagian dada selain meraba tubuh badannya ketika ingin membaiki mikrofon sebelum rancangan tersebut bermula.

Advertisement

Malah, dia juga kecewa apabila individu tersebut merupakan salah seorang kru rancangan dan berstatus suami orang ketika kejadian itu berlaku.

“Saya pernah terkena gangguan seksual semasa berkerja di sebuah set rancangan terkenal.

“Individu tersebut datang menghampiri wajah saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon, namun sebaliknya memegang dada saya.

“Dia sempat puji saya cantik ketika itu dan kata kami sangat sepadan jika bersama padahal dia ketika itu adalah suami orang,” katanya.

Namun, individu tersebut turut mengajaknya untuk bercuti bersama dan mengugut ingin menamatkan kontraknya jika pelawaannya tidak diterima.

“Selepas itu dia kata saya tak boleh dapat sambung musim yang seterusnya sekiranya saya tidak pergi bercuti bersamanya.

“Saya menolak dan saya kata tidak mengapa, saya akan bayar percutian saya sendiri, saya bukan tiada duit,” tuturnya tegas.

Lebih mengecewakan dirinya juga pernah diminta untuk memakai pakaian seksi di hadapan seorang pengarah dan makan malam bersamanya.

Sumber: Kosmo Online

SINAR Muzik Retro Terbaik