Pelakon Ruhainies menjadi bualan pelbagai pihak apabila kisah kontroversinya telah tersebar luas.
Malah, dia juga meluahkan hasrat untuk berdamai dengan Bella Astillah dan tidak mahu kes itu berlanjutan.
Advertisement

Namun, dia menjadi bahan kecaman ramai apabila meletakkan akronim Love You So Much (LUSM) pada ruangan profil akaun Instagramnya.
Perkara itu disedari kekasih gelap penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine semalam yang memuat naik tangkap layar akaun Ruhainies dalam InstaStorynya.
“NRF 🤍 LUSM,” tulisnya pada bahagian profil Instagram.
Sarah menyifatkan tindakan Ruhainies yang tidak mempunyai perasaan malu selepas semua kontroversi yang berlaku membabitkan dirinya termasuk isu tangkap khalwat dan konspirasi menjatuhkan Bella.
“Bella, Didi Astillah, di mana perasaan malu perempuan ini? Sekarang saya atau dia yang psiko, anda semua tolong beritahu saya?
“Dalam temu bual dia kata nak ini nak itu, nak berdamai tetapi ini sangat tidak tahu malu?” katanya.
Sumber: Kosmo Online