Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sah Cerai Talak Satu! Datuk Red Membisu Tak Beri Komen, Adira Reda Terima Keputusan

Hubungan pasangan sensasi Adira Suhaimi, 32, dan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red 46, akhirnya terlerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor, sebentar tadi.

sah cerai talak satu! datuk red membisu tak beri komen, adira reda terima keputusan

Lafaz cerai itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 sekali gus mengesahkan lafaz itu adalah mengikut hukum syarak. 

Advertisement

"Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu," lafaz Datuk Red. 

Malah, Datuk Red kelihatan tunduk sayu manakala, Adira kelihatan tenang ketika prosiding dijalankan.

Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

Sepatutnya hari ini berlangsung pelantikan hakam bagi kedua-dua belah pihak, namun Datuk Red bersetuju untuk melafazkan cerai.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik