Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sabri Yunus, Angeline Tan Bertolak Ke Tanah Suci, Jalani Ibadah Umrah

Pelakon, Ardini Angeline Tan dan juga suami Sabri Yunus kini berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

sabri yunus, angeline tan bertolak ke tanah suci, jalani ibadah umrah

Malah, dia turut berasa syukur kerana dikurniakan rezeki untuk menjadi ‘tetamu Allah’ di Tanah Suci.

Advertisement

Menurut perkongsian Angeline di laman Instagram miliknya, dia memohon doa ramai agar dipermudahkan segala urusan umrah itu yang pertama kali dilakukannya setelah hampir tiga bulan memeluk Islam.

"Pagi ini berangkat ke Tanah Suci. Terima kasih Perwira Holidays. Doakan kami," tulisnya ringkas pada kapsyen.

Pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik