Skip to main content

Advertisement

Hiburan

S Atan Terharu Dapat Kurniaan Bawa Gelaran Datuk

Maestro muzik, Datuk S Atan meluahkan rasa syukur apabila menerima kurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk pada sambutan Hari Lahir Ke-74, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

s atan terharu dapat kurniaan bawa gelaran datuk

Malah, dia juga menyifatkan ini sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahirannya, pada 1 Ogos lalu.

Advertisement

Berusia 74 tahun, dia tidak menyangka langsung untuk mendapat gelaran tersebut.

"Saya tidak pernah mengharap atau menjangka dikurniakan gelaran Datuk, apatah lagi, pada usia 74 tahun.

"Ketika mula diberitahu mengenai kurniaan darjah kebesaran ini, kira-kira sebulan lalu, saya tidak mahu terlalu memikirkannya.

Komposer yang banyak menghasilkan lagu raya malar segar ini amat mementingkan menjelaskan, beliau bekerja atas cinta kepada seni, bukan anugerah.

"Sama ada dapat anugerah atau tidak, saya tetap berkarya kerana muzik sudah menjadi darah daging saya," katanya.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik