Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ruhainies Nak ‘Move On’, Akui Tak Berhubung Dengan Aliff Aziz

Pelakon, Ruhainies yang hangat diperkatakan warganet tentang kontroversi yang mengaitkan namanya dengan Aliff mengakui dia sudah tidak lagi berhubung dengan Aliff Aziz.

ruhainies nak ‘move on’, akui tak berhubung dengan aliff aziz

Malah, dia juga mahu isu ini tidak berpanjangan dan memilih untu tidak mahu mengeruhkan kontroversi yang berlaku.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Advertisement

Tambahnya, dia kini hanya mahu fokus kepada kerjaya seninya sekarang dan tidak mahu terpalit dengan isu yang mengganggu dirinya.

“Saya sudah tidak lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh 'move on'. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi. Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Saya tak mahu memanjangkan isu ini,

“Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung. Semua orang termasuk netizen dah penat sebab isu ini sudah semakin melarat hampir dua bulan,” katanya.

Sumber: HLive / Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik