Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ruhainies, Aliff Aziz Akhirnya Bersuara, Mohon Maaf Atas kekhilafan

Baru-baru ini, kecoh dunia hiburan apabila Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap setelah dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota.

ruhainies, aliff aziz akhirnya bersuara, mohon maaf atas kekhilafan

Selepas hampir lima hari kejadian, mereka berdua akhirnya bersuara dan tampil mengakui kekhilafan masing-masing dan memohon maaf atas insiden yang berlaku.

Advertisement

Malah, Ruhainies mengatakan dia dan Aliff baharu selesai menjalani penggambaran dan bergerak bersama-sama pembantu peribadinya dengan dua kereta berasingan pulang ke Kuala Lumpur.

Dia juga merancang untuk menikmati makan malam bersama adik-beradiknya dan turut menjemput Aliff menyertai mereka.

Namun, kakaknya, Risteena Munim agak lewat untuk datang ke rumahnya yang membuatkan Ruhainies menjemput Aliff untuk naik bersama sementera menanti ketibaan adik-beradiknya.

“Pada hari tersebut, adik beradik saya merancang untuk tidur di rumah. Jadi kami rancang untuk makan bersama adik-beradik dan rakan-rakan lain.

“Memandangkan Aliff juga baharu selesai menjalani penggambaran, saya jemput untuk turut serta kerana dia juga mengenali keluarga saya sejak 10 tahun lalu. Aliff juga bersetuju sebab dah lama tak berjumpa dengan mereka,” katanya.

Dia juga berharap agar Bella dan Aliff akan terus kekal bersama sebagai pasangan dan tidak berpisah.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik