Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Isu Pasangan Curang, Rozita Che Wan Dedah Pendapat Punca Orang Ketiga Penyondol?

Pelakon Rozita Che Wan tampil beri pendapat berkenaan isu wanita yang suka menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Mesra disapa Che Ta, dia kongsikan pelbagai permasalahan yang terjadi dan ia banyak kepada kisah 'orang ketiga' dan pasangan curang.

Advertisement

isu pasangan curang, rozita che wan dedah pendapat punca orang ketiga penyondol?

Malah, dia memuji cara Mizz Nina yang terus ke pejabat agama untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya yang bergolak ketika itu.

"Saya sangat tabik dengan cara Mizz Nina, dia terus ke pejabat agama. Tak perlu buka aib pasangan di media sosial pun, tapi selesaikan segera. Ia cara yang bagus atau lebih baik diam.

"Malah, golongan isteri yang berhadapan masalah suami curang, jangan hanya meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada 'orang ketiga' atau 'penyondol' itu saja, tetapi salahkan juga suami,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro News (@astroradionews)

Tambahnya, dia juga tidak akan berkompromi jika suaminya, Zain Saidin terbabit dalam isu curang.

"Kalau suami saya ada hubungan, saya tumbuk muka dia, bukannya tarik tudung perempuan itu. Sebabnya, suami pun gatal juga dan ia takkan 'menjadi' jika kedua-duanya tidak sama naik.

"Jadi, kalau suami saya diganggu, saya akan marah Zain dulu dan bukan naik hantu dengan perempuan itu. Sebabnya, suami pun tidaklah baik sangat. Jadi, kenapa saya perlu marah kepada wanita itu seorang?," jelasnya.

Pelakon ini juga berharap agar mana-mana individu yang mempunyai masalah rumah tangga terutamanya berdepan dengan masalah pasangan dan 'orang ketiga' untuk tidak menyebarkan perkara tersebut di media sosial.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik