Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rohana Jalil Kritikal Di ICU, Jalani Pembedahan Akibat Kebocoran Usus

Penyanyi, Rohana Jalil menjalani pembedahan untuk menutup kebocoran di ususnya selepas dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak semalam.

rohana jalil kritikal di icu, jalani pembedahan akibat kebocoran usus

Berusia 68, Rohana dimasukkan ke ICU akibat masalah kebocoran usus juga menyebabkan Rohana tidak boleh makan dan minum.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, pembantu peribadinya, Suzie memaklumkan ususnya bocor disebabkan ulser perut dan gastrik.

Malah, pembedahan hari ini adalah untuk memasukkan 'stand' bagi menutup kobocoran di usus.

"Tolong doakan prosedur ini berjaya supaya tak perlu buat 'major surgery," katanya.

Tambahnya, dia mengesahkan penyanyi itu sudah sedar hari ini, tetapi tiub pernafasan masih belum boleh dicabut kerana dia perlu menjalani beberapa prosedur lain.

"Insya-Allah selepas ini kalau dia kuat untuk bernafas sendiri, doktor akan cabut tiub pernafasan. Sekali lagi tolong jangan putus doakan Rohana. Dia masih kritikal," jelasnya.

Dilaporkan, Rohana pernah menjalani pembedahan yang sama sebelum ini tetapi tidak berjaya.

"Selepas beberapa hari pembedahan keadaan ususnya masih bocor," katanya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik