Penyanyi, Rohana Jalil kini dilaporkan sudah stabil namun berada dalam keadaan lemah ketika dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu.

Berusia 68 tahun, dia dimasukkan ke hospital akibat kebocoran usus yang dialaminya.
Advertisement
Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun, dia memaklumkan Rohana kini diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
"Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.
"Doktor kata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa berikutan kuman sudah merebak, ia juga disebabkan faktor usia.
"Rohana sudah tidak kuat untuk melawat penyakitnya. Dia kini diberikan antibiotik memandangkan Rohana tidak boleh makan, jadi hospital memberinya susu melalui tiup supaya ada sedikit tenaga," katanya.
Sama-sama kita doakan buat kesihatan penyanyi popular era 1980-an ini agar cepat sembuh dan kembali pulih sediakala.
Sumber: Berita Harian