Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil yang dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sudah mula menunjukkan perkembangan positif.

Berusia 68 tahun, rakan-rakan artis lain juga berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan penyanyi tersebut.
Advertisement
Pelantun lagu Rayuanku itu dimaklumkan sudah dipindahkan ke wad biasa tetapi masih dalam pemantauan pihak hospital.
"Alhamdulillah, saya gembira dan bersyukur dapat menziarahi Rohana tempoh hari. Dia mempunyai semangat sangat kuat untuk kembali pulih seperti biasa.
"Rohana juga bersungguh-sungguh memberitahu saya bahawa mahu cepat sembuh dan kembali pulang ke rumah untuk bersama keluarga," ujar rakan artis tersebut.
Sumber: Berita Harian