Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Remy Ishak, Isteri Syukur Timang Cahaya Mata

Pelakon, Remy Ishak memaklumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata sulung sekitar jam 11.17 pagi tadi di hospital swasta di ibu kota.

remy ishak, isteri syukur timang cahaya mata

Menurut perkongsian di Instagram Story miliknya, pelakon itu berkongsi khabar gembira dan berterima kasih juga kepada semua rakan dan peminat yang mendoakan.

Advertisement

"Assalamualaikum, Alhamdulillah… Isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi.

"Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik.

"Terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah," tulisnya.

Ramai rakan artis dan para peminat mengirimkan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat cahaya mata sulung pasangan ini.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik