Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Puteri Sarah Harap Dilepaskan Cara Baik Oleh Suami

puteri sarah harap dilepaskan cara baik oleh suami

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk sebutan kes permohonan cerai pelakon Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof. Puteri Sarah benar-benar berharap agar dia akan dilepaskan secara baik oleh suaminya itu.

Advertisement

Anniversary saya 8 Mac tapi dah tak rasa apa-apa, tetapi untuk sebutan kes di mahkamah saya mengharapkan saya dilepaskan, supaya saya boleh move on.

“Serius saya katakan, pada 7 Mac ini saya ingin dilepaskan dengan cara baik, selesai dengan cara yang elok dan boleh hidup dengan haluan masing-masing dan sambung bekerja.

"Kalau boleh, saya nak seratus peratus ingin dilepaskan. Saya harap pihak sana cepat-cepat lepaskan saya. Saya sudah tidak mahu hidup lama sangat macam ini,” katanya kepada Gempak.

Sarah ditemui ketika majlis siding media drama terbaharu lakonannya, Andai Itu Takdirnya pada Selasa.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan dia turut meminta petunjuk daripada Tuhan dengan melakukan solat istikharah.

“Saya ada buat solat istikharah sewaktu saya pergi umrah. Kadang petanda itu saya tidak nampak, kalau terima dalam mimpi saya bersyukur tetapi apa yang saya lihat Allah bantu saya setiap kali ingin buat keputusan, sangat dipermudahkan,” ujarnya.

Menurut Sarah, keputusannya untuk minta dilepaskan oleh suami sudah pun dimaklumkan kepada keluarga mentuanya.

“Apa-apa keputusan saya buat tidak pernah berselindung daripada keluarga mentua saya. Apa sahaja gerak-geri saya mesti saya maklum pada mereka.

“Keputusan saya minta dilepaskan mereka juga sudah sedia maklum. Walaupun agak berat untuk mereka terima tetapi saya beritahu insya-Allah ia tidak akan menjejaskan hubungan kami. Saya masih akan datang melawat mereka di rumah,” tambahnya lagi.

Tarikh sebutan kes permohonan cerai antara Sarah dan Syamsul bakal berlangsung pada 7 Mac ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sumber : Astro Gempak / Awani

 

SINAR Muzik Retro Terbaik