Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Puteri Sarah Harap Dipertemukan Jodoh Dengan Cepat

Puteri Sarah Liyana dalam satu siaran langsung Tiktok berharap dia akan dipertemukan jodoh dengan cepat seperti rakan-rakan selebriti yang lain seperti Nad Zainal dan Mizz Nina.

“Doakan saya semoga bertemu jodoh dengan cepat. Macam rakan artis yang lain iaitu Nad Zainal, Mizz Nina. Apa pun doakan saya akan dapat jodoh yang baik, yang boleh sayang saya dengan anak-anak.

Advertisement

Sarah juga berkongsi moto hidupnya iaitu ‘no turning back’

“Moto hidup saya, no turning back (tidak akan berpatah kembali) dan terutamanya kembali pada kisah hidup yang lalu,” katanya.

Ketika ditanya oleh peminat apakah dia terbuka untuk menerima bakal suami dari bidang seni sepertinya, Sarah tidak mahu menidakkan hal tersebut.

“Saya tidak akan cakap tidak, kalau saya cakap tidak nanti tiba-tiba manalah tahu dapat,” ujarnya.

 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik