Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Puteri Sarah Dedah Bella Tak Tidur, Sangat Kurus

Pelakon, Puteri Sarah Liyana sentiasa bersedia menjadi tempat mengadu buat rakannya Bella Astillah setelah situasi yang berlaku iaitu khalwat antara suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies.

puteri sarah dedah bella tak tidur, sangat kurus

Malah, dia juga mendedahkan situasi rakannya, Bella Astillah yang tidak cukup tidur dan fizikalnya sangat kurus impak daripada masalah dihadapinya.

Advertisement

Puteri Sarah berkongsi Bella berubah lebih-lebih lagi hilang selera makan serta tidak dapat tidur yang mengakibatkan penurunan berat badan secara drastik.

“Dia masih tidak boleh terima apa yang terjadi. Dia tak boleh makan dan tidur. Dia kurus sangat,” katanya.

Tambahnya, dia berharap dan memohon orang ramai mendoakan Bella supaya kuat menghadapi situasi yang dialaminya ketika ini.

“Pada hari pertama Ramadan ini, jom sama-sama kita doakan Bella Astillah. Semoga dipermudahkan semua urusan.

“Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga dia kuat dan tabah,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik