Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu

Kemelut rumahtangga yang melanda pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah akhirnya mencapai titik noktah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu semasa prosiding di Mahkamah Rendah Syariah pada Rabu.

Pasangan itu tiba di mahkamah untuk prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.

Advertisement

"Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu," kata Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur pada Rabu.

Syamsul Yusof mendirikan rumahtangga Bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber : Sinar Harian

 

SINAR Muzik Retro Terbaik