Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dr. Soo Wincci Tersilap Langkah, Punca Tersingkir Minggu Pertama

‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

dr. soo wincci tersilap langkah, punca tersingkir minggu pertama

Menariknya, musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

Advertisement

Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Minggu pertama dapat dilihat Dr. Soo Wincci sebagai Kak Cat telah tersingkir pada malam tersebut.

Dia bersyukur kerana berpeluang dapat membuat persembahan di The Masked Singer Malaysia dan mengakui tersilap langkah dan strategi untuk mengelirukan identitinya daripada para juri.

“Saya salah langkah, sepatutnya kena pilih lebih dari segi vokal tetapi saya hanya fokus untuk kelirukan juri.

“Mereka tu semua kawan saya, takut sangat nak buat persembahan, nak sorok identiti saya tapi tersingkir juga,” katanya.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

SINAR Muzik Retro Terbaik