Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dijangkiti Covid-19 buat kali kedua dan kini sudah selesai menjalani kuarantin.

Memetik laporan Harian Metro, dia mengakui agak risau sekiranya jangkitan itu mengganggu peti suaranya lagi seperti sebelum ini.
Advertisement
Malah, dia juga berkongsi jangkitan kali kedua ini sangat mencabar dan menyakitkan berbanding jangkitan kali pertama yang dialaminya.
"Bohonglah kalau saya kata tak risau, sebab suara saya digunakan sebagai aset. Memang batuk berkahak adalah sesuatu yang sangat mengganggu.
"Berbeza dengan jangkitan Covid-19 kali pertama di mana tak ada demam dan tak sakit badan, kali ini, saya alami sakit badan yang sangat sakit, demam, dan kemudian panas-panas.
"Harap-harap, apa yang berlaku ini tak mengganggu peti suara saya," katanya.
Penyanyi bersuara emas ini menyeru orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga memandangkan kes jangkitan baharu Covid-19 semakin meningkat semula.
"Dalam keadaan sekarang yang semakin meningkat semula, semua orang kena sentiasa berjaga-jaga. Kalau tak sihat, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan.
"Saya pun bila dapat tahu dijangkiti, cepat-cepat ambil vitamin C dan antibiotik, seterusnya menghabiskan kuarantin selama tiga hari," jelasnya.
Sumber: Harian Metro