Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pesakit Di Gaza Dikepung, Sanggup Serang Hospital

Rejim ­Zionis bertindak untuk terus mengepung dan melakukan pengeboman kelmarin, hari ketiga berturut-turut di Semenanjung Gaza, Hospital Al-Shifa.

pesakit di gaza dikepung, sanggup serang hospital

Lebih menyedihkan apabila mengetahui lebih beribu-ribu penduduk masih terperangkap di dalam kemudahan perubatan terbesar di hospital itu.

Advertisement

Memetik laporan Middle East Eye, sebanyak 22 buah hospital dan 49 pusat perubatan tidak dapat berfungsi sepenuhnya berikutan pengeboman dan ketiadaan bahan api serta elektrik sejak 9 Oktober lalu.

“Askar Israel menyasarkan unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Al-Shifa serta turut memusnahkan wad bersalin serta bilik bedah,” kata jurucakap pentadbiran Gaza dalam sidang akhbar di Deir al Balah.

Malah, bekalan elektrik dan bahan api juga sudah kehabisan dan kebanyakan fasiliti hospital tidak dapat berfungsi untuk merawat pesakit.

Pengeboman berterusan Zionis turut mencetuskan kebakaran di salah satu wad hospital berkenaan, manakala tangki oksigen turut musnah.

“Ada antara doktor menjadi sasaran askar Israel dan cedera ketika bergerak di dalam hospital. Seorang daripada mereka cedera di belakang leher,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik