Penyanyi, Tomok meluahkan rasa syukur apabila empat helai seluar dan dua baju yang terkena tumpahan pengilat kuku secara tidak sengaja oleh anaknya itu sudah dibeli peminatnya.

Menurut perkongsiannya di laman Instagram, Tomok berkongsi begitu ramai rakan dan pengikutnya di Instagram berminat untuk membeli seluar dan baju berkenaan.
Advertisement
"Alhamdulillah, saya sangat terharu dan bersyukur kerana empat helai seluar dan dua baju itu sudah habis dijual.
"Ramai rakan dan pengikut yang DM, selepas saya buat hantaran video kedua di Instagram pagi tadi dengan meletakkan secara terperinci harga RM800 untuk setiap seluar dan baju pula berharga RM300 dan RM250," katanya.
Kejadian ini disebabkan Tomok yang terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 kepada butik pakaian berjenama di sebuah pusat beli-belah terkemuka.
Malah, seluar itu terkena pengilat kuku pada empat helai baju dan empat seluar di butik berkenaan akibat ditumpahkan anaknya secara tidak sengaja.
Dia terkejut apabila melihat harga pakaian tersebut yang mencecah sehingga RM1,299.
Tambahnya, dua baju yang terkena pengilat kuku itu sahaja dijual kerana dia mahu menyimpan lagi dua baju yang berharga RM499 itu untuk anak-anaknya bila mereka besar nanti.
"Terima kasih buat semua pengikut yang DM di Instagram dan berminat untuk membeli seluar dan baju terbabit," ujarnya.
Sumber: Harian Metro