Skip to main content

Advertisement

Hiburan

*NSync Buat Kejutan, Akhirnya ‘Comeback’ Selepas Lebih 20 Tahun

Boyband popular 1990an, kumpulan *NSync membuat kejutan apabila mereka melancarkan single terbaharu pertama mereka selepas lebih 20 tahun.

*nsync buat kejutan, akhirnya ‘comeback’ selepas lebih 20 tahun

Malah, salah satu lagu tersebut menjadi runut bunyi filem animasi Trolls Band Together (2023).

Advertisement

Lagu berjudul Better Place itu gabungan pertama Justin Timberlake, 42, JC Chasez, 47, Chris Kirkpatrick, 51, Joey Fatone, 46, dan Lance Bass, 44, yang kali terakhir merakamkan lagu pada 2001.

Mereka menekankan pelbagai elemen di dalam lagu terbaru ini dan mahu mengubati rindu buat para peminat mereka.

"Lagu ini adalah bukti persahabatan kami, dan saya bersyukur atas perjalanan yang telah kami lalui bersama dan apa yang akan datang," katanya.

Terdahulu, kumpulan *NSync ditubuhkan pada tahun 1995 di Orlando, Florida dan berjaya memenangi hati ramai peminat dengan lagu seperti I Want You Back, Tearin’ Up My Heart dan Bye Bye Bye.

Namun, mereka mengambil keputusan untuk berehat pada tahun 2002 dan akhirnya dibubarkan.

Mereka membuat persembahan bersama di atas pentas buat kali terakhir pada 2013 ketika di Anugerah Muzik Video MTV (VMA).

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik