Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pakaian Terlalu Seksi? PU Syed Beri Teguran Buat Dolla

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed mendapat perhatian warganet apabila berani untuk bersuara dan memberi teguran terbuka kepada kumpulan, Dolla.

pakaian terlalu seksi? pu syed beri teguran buat dolla

Imej yang ditampilkan Dolla menerusi single terbaharu berjudul Damelo yang membuatkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak.

Advertisement

Menurut penceramah yang dikenali dengan kelantangannya itu, dia mempersoalkan penampilan dua daripada empat anggota Dolla yang beragama Islam dengan menyifatkan pemilihan busana mereka sangat keterlaluan.

Malah, seorang netizen menghantar mesej langsung (DM) berkenaan pemilihan gaya berani kedua-dua penyanyi tersebut.

Tambahnya, PU Syed berasa sedih apabila garis panduan pemakaian khususnya buat umat Islam sering ‘dilanggar’ dan penguatkuasaan pula masih lemah.

Ia sedikit sebanyak peringatan bukan sahaja kepada Dolla, malah semua individu tidak kira selebriti mahu pun personaliti popular lain.

Sumber: Harian Metro 
 

SINAR Muzik Retro Terbaik