Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nurul Shuhada Tak Pernah Larang Hafidz Jumpa Anak-Anak

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berasa sebak apabila ditanya soalan berkenaan isu kemelut rumah tangganya.

nurul shuhada tak pernah larang hafidz jumpa anak-anak

Malah, dia juga mengalir air mata apabila para media bertanyakan soalan adalah masih menyimpan rasa sayang terhadap Hafidz setakat ini. 

Advertisement

"Perasaan sayang itu sangat subjektif. Saya sayangkan dia sebagai seorang bapa kepada anak-anak saya. Antara kami mungkin jodoh sudah sampai di sini saja. Saya reda dengan apa saja yang Allah takdirkan,” katanya.

Tambahnya, dia juga tidak pernah melarang Hafidz untuk bertemu anak-anaknya.

"Kalau kami masih bersama pun saya nak hubungan dia dengan anak-anak erat. Saya hidup dalam keluarga yang normal, bukan berpecah-belah. Saya dengan abah saya pun sangat rapat sampaikan kami tonton perlawanan bola sepak bersama-sama.

"Saya nak lihat hubungan Hafidz dengan anak-anak pun begitu. Jadi, untuk Hafidz bertemu anak-anak memang tiada halangan. Dia boleh jumpa dan hubungi keluarga saya. Dia cuma tak boleh berjumpa saya saja," ujarnya.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6; dan Umar, 2.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik