Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Risau Noorkhiriah Jatuh Motosikal Ketika Penggambaran - “Nampak Macam Betul Bukan Lakonan”

Pelakon versatil, Noorkhiriah terlibat kemalangan kecil dan terbabas menaiki motosikal ketika penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

netizen risau noorkhiriah jatuh motosikal ketika penggambaran - “nampak macam betul bukan lakonan”

Menurut perkongsian video di laman Instagramnya, video tersebut jelas memaparkan Noorkhiriah menunggang motosikal lalu terbabas dan terlanggar sebuah kereta yang diletakkan tepi jalan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Advertisement

Berusia 44 tahun, Noorkhiriah Ahmad Shapie bersyukur apabila mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya selepas kemalangan tersebut.

Datuk Fizz Fairuz yang juga terlibat berlakon di lokasi penggambaran yang sama berkongsi video keadaan terkini pelakon itu yang dilihat tangannya berbalut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Pelbagai reaksi yang ditunjukkan warganet terhadap video tersebut dan risau akan keadaan pelakon berkenaan.

“Bahayanya, semoga cepat sembuh kak Noorkhiriah,” katanya di ruangan komen.

“Alamak, nampak macam real tapi ini bukan lakonan ni, harap tak ada apa teruk yang berlaku,” komen warganet di Instagram.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik