Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penat Hiburkan Peminat? Ariel Dedah NOAH Bakal Berehat Panjang

Kumpulan NOAH yang terkenal dengan genre rock dari Indonesia mengumumkan bakal berehat panjang selepas 11 tahun ditubuhkan dan menghiburkan para peminat mereka.

penat hiburkan peminat? ariel dedah noah bakal berehat panjang

Menurut kenyataan yang diumumkan sendiri vokalisnya Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, dia memberitahu berita itu ketika mengadakan persembahan di Konsert Circus Concerta.

Advertisement

“Kami berharap anda tidak akan pernah bosan dengan NOAH. Tapi nanti bermula Disember NOAH akan berehat panjang. Sudah 20 tahun kami asyik menyanyi tanpa rehat,” katanya.

Namun, NOAH akan melakukan persembahan terakhir mereka dengan rangkaian The Great Journey of Noah di Jakarta pada Disember sebelum berehat.

“Paling terakhir nanti (konsert) Disember. Jadi bermula Januari 2024 harusnya kita sudah tidak ada konsert lagi. Mungkin ada lagi satu kerana sudah terkait (terikat) dengan kontrak,” jelasnya.

Tambahnya, mereka akan melakukan pelbagai perkara yang telah dirancang sepanjang berehat daripada melakukan persembahan.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik