Skip to main content

Advertisement

Hiburan

NOAH Akan Berehat Panjang, Konsert Di KL Jadi Penutup

Kumpulan popular Indonesia, Noah sebelum ini mengambil keputusan untuk berehat daripada arena muzik dan ramai peminat terkejut dengan keputusan itu.

noah akan berehat panjang, konsert di kl jadi penutup

Namun mereka tetap akan melunaskan janji kembali ke Kuala Lumpur dengan sebuah konsert yang memukau.

Advertisement

Hanya sebulan sahaja lagi menjelang kemunculan NOAH di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 11 November ini dan lebih 3,000 penonton dijangka hadir.

Menurut Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah, pihaknya memaklumkan konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur adalah signifikasi kedekatan band tersebut dengan penggemar tegar mereka.

“Demi memenuhi kehendak peminat yang tidak berpeluang ke konsert tahun lalu, konsert kali ini menyediakan lokasi lebih luas bagi menampung lebih ramai penonton dengan pengalaman hebat.

“Ariel juga teruja untuk menjadikan Mega Star Arena sebagai gelanggang menyatukan semua peminat di Malaysia serta negara jiran, termasuk dari Singapura.

“Sudah pasti untuk kali ini Noah menjanjikan persembahan berbeza dengan tema baharu seperti disajikan setiap kali kemunculan mereka.

“Tambahan pula konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur adalah aksi mega terakhir mereka di negara ini sebelum berehat dalam jangka masa yang panjang,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik