Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gamit Nostalgia, Ne-Yo Terharu Ribuan Peminat Menyanyi Bersama

Bintang terkemuka dari Amerika Syarikat, Ne-Yo menampilkan pelbagai aksi bertenaga dan lincah di atas pentas disaksikan oleh 2,900 peminat yang hadir memenuhi dewan Plenary Hall KLCC, bermula jam 8:00 malam.

gamit nostalgia, ne-yo terharu ribuan peminat menyanyi bersama

Konsert yang penuh gilang-gemilang ini berjaya diadakan oleh penganjur acara Hitman Solutions dan Happymoon.

Advertisement

Menurut Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, beliau cukup berbesar hati dapat mengembalikan nostalgia bagi peminat muzik R&B zaman dahulu.

“Luar biasa! Ne-Yo menjangkaui semua ekspektasi dengan memberikan persembahan yang penuh energetik dan mengimbau nostalgia peminat muzik R&B di awal tahun 2000 yang turut menyanyikan bersama lagu-lagu kegemaran mereka ketika zaman muda-muda dahulu.

“Walaupun dewan konsert menyediakan tempat duduk, ini bukanlah penghalang bagi penonton untuk turut berdiri dan bergembira sepanjang berlangsungnya persembahan,” katanya.

‘Miss Independent’, lagu yang paling hit membuka tirai konsert Ne-Yo di Malaysia disusuli dengan ‘She Knows’, ‘Because of You’, ‘One In A Million’ dan lain-lain.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Tidak dilupakan, beliau mempamerkan vokalnya yang mengasyikan melalui segmen akustik mendendangkan lagu ‘Do You’, ‘Mad’ dan ‘You Should Let Me Love You’, diikuti dengan beberapa segmen lain memberi kepelbagaian mood persembahan ketika konsert.

Durasi konsert selama 80 minit membuatkan para penonton dan peminat cukup terpukau dengan keasyikan lagu-lagu ciptaan Ne-Yo yang dinyanyikan secara langsung khas buat peminat di Malaysia.

@sinar_my Gabungan lagu popular dari @NE-YO di Konsert #neyoliveinkualalumpur malam tadi... #neyoliveinmalaysia #neyo #fyp #fypシ #fypmalaysia ♬ original sound - SINAR

Menurut Encik Kesavan Purusotman yang mesra dengan nama KC, Pengasas Happymoon juga gembira dapat mengembalikan kenangan buat mereka yang merindukan penyanyi itu.

 “Kami memilih Ne-Yo kerana terdapat ‘fanbase’ yang besar di Malaysia, ramai  yang merindui lagu-lagu R&B nyanyian beliau dengan elemen hip-hop yang masih segar diingatan.

“Kebolehan Ne-Yo berinteraksi dengan penonton juga amat menakjubkan kerana berjaya mengajak kesemua yang hadir untuk turut serta bernyanyi selain membawa kembali kenangan manis sewaktu di alam remaja,” jelasnya.

Malah, beliau juga berterima kasih buat kesemua pihak yang terlibat dalam menjayakan konsert Ne-Yo Live In Malaysia termasuk SINAR selaku radio rasmi bagi acara ini.
 

SINAR Muzik Retro Terbaik