Pelakon, Puteri Sarah Liyana menegaskan pemberian sebiji kek dan sejambak bunga itu bukan untuk bekas suaminya tetapi khas buat mentuanya.

Malah, dia juga menyelar tindakan warganet yang menganggap dan menuduh dirinya terhadap pemberian itu sebagai tanda maaf.
Advertisement
“Warga Facebook pun mulalah komen kata Sarah macam-macam. Eh hello, lambat lagi. Bunga dan kek itu untuk Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah,” tulisnya.
Tambahnya, dia meminta agar warganet tidak menyebarkan gosip murahan tanpa mengetahui keadaan yang sebenar.
“Tolonglah jangan buat gosip murahan sebab warga Facebook ni aneh-aneh,” luah aktres berusia 38 tahun itu lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah telah didakwa menjadi punca sebenar keretakan rumah tangga antaranya dengan Syamsul gara-gara sikap ‘kasar’, bukannya kehadiran Ira sebagai orang ketiga.
Sumber: Kosmo Online