Sesetengah warganet tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan juri All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara pada konsert akhir malam tadi.

Namun, ramai warganet yang memilih sama ada Liza Hanim atau Hady Mirza yang lebih layak untuk merangkul gelaran juara.
Advertisement
Malah, kemenangan Jac juga didakwa mendapat reaksi hambar daripada peminat yang sudah mengikuti program tersebut sejak minggu pertama.
“Kenapa beri gelaran juara pada penyanyi yang baru sahaja menang untuk pertandingan sama tahun lalu?
“Liza hebat dan berjaya membuktikan dirinya berada dalam kelompok penyanyi wanita terbaik negara tetapi sayangnya, orang lain pula jadi juara,” komen seorang netizen yang tidak berpuas hati.
Biarpun banyak spekulasi dan tidak puas hati, ada juga segelintir peminat yang mempertahankan keputusan juri mengenai pemilihan Jaclyn sebagai juara GV10.
Sumber: Kosmo Online