Pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat sering melakukan video sebuah iklan makanan bersama anaknya Jebat dan bekas isteri Noor Nabila.

Menurut perkongsian video di laman Instagramnya, mereka dilihat mesra dan senyum bersama anak hasil perkahwinan mereka berdua.
Advertisement
Namun, pelbagai reaksi dan komen warganet di video tersebut dan ramai yang mahukan mereka bersatu semula.
“Tolong abang bersatu la semula dengan kakak, nampak jodoh korang kuat sangat,” komen seorang warganet.
“Suka tengok mereka dua ni relaks saja tak berlakon sama dengan anak mereka,” salah satu komen warganet.
Noor Nabila tampil memberikan komen untuk mendoakan buat anaknya Jebat dan menjelaskan dia dan Sharnaaz sudah ada haluan masing-masing.
Malah, dia juga memaklumkan mereka berdua tetap dengan kehidupan masing-masing ketika ini.
“Korang doa untuk anak kita saja, yang baik-baik, itu dah cukup untuk kita berdua. Untuk kami berdua, kita dua dah ada kehidupan masing-masing,” tulisnya di ruangan komen.
Apa-apa pun, sama-sama doakan yang terbaik buat mereka berdua dalam membesarkan anak hasil perkahwinan mereka dahulu.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal